|
|
|
Statement of Policies and Procedures |
|
|
|
1 |
SEKSYEN - PENGENALAN |
|
|
|
1.1 |
Policies and Profit Plan Incorporated into Business Owner Agreement
Polisi-Polisi dan Rancangan Keuntungan adalah sebahagian daripada Perjanjian Pemilik Perniagaan.
Polisi dan Prosedur ini termasuk sebarang perubahan yang dibuat terhadapnya berdasarkan budi bicara mutlak eCosway.com Sdn Bhd (509213-A)
(dengan ini dikenali sebagai "eCosway" atau "Syarikat") sebahagian penting daripada Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway. Istilah "Perjanjian" yang digunakan dalam Polisi dan Prosedur ini merujuk secara kolektif kepada yang berikut:
|
|
|
|
|
a)
|
Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway;
|
|
b)
|
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Pemilik Perniagaan;
|
|
c)
|
Polisi dan Prosedur ini; dan
|
|
d)
|
Rancangan Keuntungan eCosway.
|
|
|
|
|
Dokumen-dokumen ini digabungkan dan dirujuk sebagai Perjanjian Pemilik Perniagaan eCosway (dalam
bentuk asal atau seperti yang telah diubah oleh eCosway). Adalah menjadi tanggungjawab setiap
Pemilik Perniagaan untuk membaca, memahami, mematuhi, dan memastikan mereka menjalankan
operasi mereka berdasarkan Polisi dan Prosedur ini yang terkini.
|
|
|
|
1.2 |
Tujuan Polisi
eCosway adalah sebuah pusat membeli belah global yang memasarkan produk dan perkhidmatan
(secara kolektif dirujuk sebagai "barangan") melalui Pemilik Perniagaan. Dalam struktur perniagaan ini,
kejayaan seseorang Pemilik Perniagaan adalah bergantung kepada nilai integriti yang tinggi oleh
individu-individu yang memasarkan barangan eCosway. Hubungan antara Pemilik Perniagaan, Pembeli,
dan eCosway adalah ditaksirkan berdasarkan Perjanjian ini. Perjanjian ini juga menetapkan satu
piawaian untuk Pemilik Perniagaan menjalankan operasi perniagaan mereka.
Para Pemilik Perniagaan eCosway diwajibkan untuk mematuhi segala syarat dan peraturan yang
terkandung dalam Perjanjian ini yang mana eCosway secara mutlak boleh meminda dari masa ke masa,
termasuk yang berkaitan dengan semua undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, wilayah,
jajahan dan undang-undang tempatan yang mengawal perniagaan eCosway. Disebabkan para Pemilik
Perniagaan mungkin tidak biasa dengan kebanyakan piawaian tatatertib, adalah amat penting bagi
setiap Pemilik Perniagaan untuk membaca dan mematuhi Perjanjian ini. Sila rujuk maklumat dalam
panduan ini secara teliti. Ianya menerangkan dan merangkumi hubungan antara setiap Pemilik
Perniagaan yang merupakan kontraktor bebas kepada Syarikat.
|
|
|
|
1.3 |
Pindaan Terhadap Perjanjian
Disebabkan undang-undang kebangsaan, persekutuan, negeri, jajahan dan undang-undang tempatan
adalah sentiasa berubah, eCosway berhak secara mutlak untuk meminda Perjanjian dan menetapkan
harga serta eVolume barangan yang dipasarkan. Dengan menjadi Pemilik Perniagaan, Perjanjian Pemilik
Perniagaan secara automatik mengikat Pemilik Perniagaan tersebut dan Pemilik Perniagaan tersebut
bersetuju untuk mematuhi semua pindaan atau perubahan yang dilakukan oleh eCosway. Pindaan akan
berkuat kuasa sebaik sahaja notis tentang pindaan terhadap Perjanjian diberikan kepada semua Pemilik
Perniagaan. Notis berkenaan pindaan akan disiarkan dalam terbitan eCosway yang rasmi. Syarikat akan
menyediakan atau memastikan setiap Pemilik Perniagaan mendapat salinan Perjanjian yang telah
dipinda dengan cara berikut : (1) menyiarkannya dalam laman web rasmi Syarikat; atau (2) mel
elektronik (e-mel). Dengan Pemilik Perniagaan meneruskan perniagaan eCosway dan/atau penerimaan
pendapatan oleh Pemilik Perniagaan adalah dianggap sebagai persetujuan Pemilik Perniagaan terhadap
kesemua pindaan yang dilakukan terhadap Penyata Polisi dan Prosedur eCosway dan/atau Perjanjian
ini.
|
|
|
|
1.4 |
Penangguhan
eCosway tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penangguhan atau kegagalan dalam
melaksanakan kewajipannya dimana perlaksanaan kewajipan tersebut adalah terhalang oleh keadaan
komersial luar jangka. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada tunjuk perasaan, kesukaran
mendapatkan tenaga buruh, rusuhan, peperangan, kebakaran, kematian, kawalan terhad sumber
bekalan, arahan atau perintah kerajaan, atau kesukaran teknikal (contohnya: kegagalan komputer,
talian telefon rosak, dan lain-lain).
|
|
|
|
1.5 |
Pembatalan Polisi dan Peruntukkan
Jika mana-mana bahagian daripada Perjanjian (sama ada yang asal atau yang terpinda) didapati tidak
sah, atau tidak dapat dikuatkuasakan atas sebarang sebab, hanya bahagian yang tidak sah sahaja yang
akan terbatal dan syarat serta bahagian lain akan terus berkuatkuasa dan diangggap sah.
|
|
|
|
1.6 |
Pengecualian
Syarikat akan sentiasa melakukan sebarang usaha untuk memastikan pematuhan sepenuhnya
Perjanjian ini dan sebarang undang-undang yang berkaitan dengan etika sesuatu perniagaan. Kegagalan
eCosway dalam melaksanakan sebarang hak yang terkandung dalam Perjanjian ini untuk memastikan
pematuhan penuh Perjanjian ini oleh para Pemilik Perniagaan tidak akan menjadi asas kepada
pengecualian hak oleh eCosway untuk menuntut pematuhan penuh kepada Perjanjian ini oleh Pemilik
Perniagaan. Sebarang pengecualian hak oleh eCosway hanya akan dianggap sah jika pengeculian itu
adalah dalam bentuk bertulis dan dikeluarkan oleh pegawai Syarikat yang sah. Sebarang pengecualian
yang diberikan oleh eCosway tidak akan melibatkan atau mencacatkan hak eCosway terhadap mana-mana
ketidakpatuhan seterusnya atau mempengaruhi mana-mana hak atau kewajipan yang lain. Tiada
sebarang penangguhan atau kegagalan eCosway dalam menggunakan sebarang hak yang timbul akibat
daripada ketidakpatuhan terhadap Penyata Polisi dan Prosedur ini dan/atau Perjanjian ini akan
mempengaruhi atau mencacatkan hak-hak eCosway yang wujud atau berkenaan dengan
ketidakpatuhan seterusnya oleh Pemilik Perniagaan.
Kewujudan sebarang tuntutan atau kausa tindakan undang-undang oleh Pemilik Perniagaan terhadap
eCosway adalah bukan satu pembelaan undang-undang bagi Pemilik Perniagaan untuk sebarang
penguatkuasaan terma-terma Perjanjian ini oleh eCosway.
|
|
|
|
|
|
|
2 |
SEKSYEN - MENJADI SEORANG PEMILIK PERNIAGAAN
|
|
|
2.1 |
Syarat-syarat untuk menjadi Pemilik Perniagaan
Untuk menjadi Pemilik Perniagaan eCosway, setiap pemohon mesti :
|
|
|
|
|
a)
|
Seorang dewasa berdasarkan undang-undang di negara, negeri, daerah atau jajahan yang
menjadi tempat tinggal mereka;
|
|
b)
|
Memiliki pengenalan sah yang boleh digunakan untuk membuka akaun bank (contohnya kad
pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan, dan lain-lain) di negara, negeri, daerah atau jajahan
tempat tinggal jika diperlukan;
|
|
c)
|
Membayar yuran pendaftaran dan yuran akses tahunan; dan
|
|
d)
|
Menghantar Permohonan Pemilik Perniagaan dan Perjanjian yang telah lengkap diisi kepada
eCosway.
|
|
|
|
|
Syarikat mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan Pemilik Perniagaan eCosway tanpa
memberikan sebarang sebab.
|
|
|
|
2.2 |
Pendaftaran Pemilik Perniagaan Baru Secara Atas Talian
Seorang bakal Pemilik Perniagaan eCosway boleh mendaftar secara atas talian, atau di eCenter yang
terdekat (jika ada). Setelah Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan dihantar, bakal Pemilik
Perniagaan itu akan diterima sebagai Pemilik Perniagaan baru dan menerima Nombor Pengenalan
Pemilik Perniagaan ("Business Owner Identification Number - BOIN") yang akan digunakan untuk
mengenali Pemilik Perniagaan tersebut.
|
|
|
|
2.3 |
Faedah-Faedah Pemilik Perniagaan
Sebaik sahaja Perjanjian dan Permohonan Pemilik Perniagaan diterima oleh eCosway, faedah
Rancangan Keuntungan dan Perjanjian Pemilik Perniagaan akan diberikan kepada Pemilik Perniagaan.
Faedah-faedah ini termasuk hak untuk:
|
|
|
|
|
a)
|
Membeli dan menjual barangan eCosway melalui kedai-kedai eCosway (jika ada);
|
|
b) |
Menyertai Sistem Sokongan Pemilik Perniagaan eCosway (Business Ownership Support System -
B.O.S.S.); |
|
c)
|
Menyertai Rancangan Keuntungan eCosway (dan terima komisen, kalau layak);
|
|
d)
|
Memperkenalkan para individu lain untuk menjadi Pembeli atau Pemilik Perniagaan eCosway,
membina rangkaian perniagaan dan menerima faedah-faedah daripada Rancangan Keuntungan
eCosway;
|
|
|
|
2.4 |
Pembaharuan Perniagaan eCosway Anda
Tempoh Perjanjian Pemilik Perniagaan adalah satu tahun daripada bulan dimana Perjanjian itu diterima
oleh eCosway. Pemilik Peniagaan harus memperbaharui Perjanjian Pemilik Perniagaan mereka setiap
tahun dan membayar yuran tahunan seperti yang dinyatakan dan diumumkan oleh eCosway pada atau
sebelum genap setahun Perjanjian Pemilik Perniagaan. (Semua rujukan dalam Polisi dan Prosedur ini
bagi "Dolar" atau "$" adalah merujuk kepada dolar AS.) Jika yuran tahunan tidak dibayar pada atau
sebelum tarikh tamat Perjanjian Pemilik Perniagaan, Perjanjian Pemilik Perjanjian akan dibatalkan.
Pemilik Perniagaan boleh memilih untuk menggunakan khidmat Rancangan Pembaharuan Automatik
(Automatic Renewal Program - ARP). Dibawah ARP, yuran tahunan akan ditolak daripada eAkaun
Pemilik Perniagaan (jika baki mencukupi) pada atau sebelum bulan ulangtahun Perjanjian Pemilik
Perniagaan.
|
|
|
|
|
|
|
3. |
SEKSYEN - OPERASI SUATU PERNIAGAAN eCOSWAY
|
|
|
|
3.1 |
Mematuhi Rancangan Keuntungan eCosway
Pemilik Perniagaan mesti mematuhi syarat-syarat Rancangan Keuntungan eCosway seperti yang
ditetapkan dalam bahan cetak rasmi eCosway. Melainkan Pemilik Perniagaan eCosway menerima
kelulusan bertulis daripada eCosway, seorang Pemilik Perniagaan tidak boleh menawarkan peluang di
eCosway, atau dengan sebarang kombinasi, dengan system, rancangan, atau kaedah pemasaran lain
selain daripada apa yang telah ditetapkan secara khusus dalam bahan bercetak rasmi eCosway. Pemilik
Perniagaan tidak boleh mewajibkan atau menggalakan mana-mana Pemilik Perniagaan atau Pembeli,
atau, bakal Pemilik Perniagaan atau bakal Pembeli, untuk menyertai eCosway dengan mana-mana cara
yang bertentangan dengan program yang ditawarkan dalam bahan cetak rasmi eCosway.. Pemilik
Perniagaan tidak boleh mewajibkan atau menggalakan mana-mana Pemilik Perniagaan atau Pembeli,
atau, bakal Pemilik Perniagaan atau bakal Pembeli, untuk menandatangani sebarang perjanjian atau
kontrak selain daripada perjanjian dan kontrak rasmi eCosway untuk menjadi Pemilik Perniagaan.
Pemilik Perniagaan juga tidak boleh mewajibkan atau menggalakan mana-mana Pemilik Perniagaan
atau Pembeli, atau, bakal Pemilik Perniagaan atau bakal Pembeli, untuk membeli daripada, atau
membayar kepada, sebarang individu atau entiti lain untuk menyertai Rancangan Keuntungan eCosway
selain daripada pembelian dan pembayaran yang dikenal pasti seperti yang disyorkan atau diwajibkan
mengikut bahan cetak rasmi eCosway.
|
|
|
|
3.2 |
Mengiklan
|
3.2.1 |
Secara Am
Semua Pemilik Perniagaan harus melindungi dan menjaga nama baik eCosway dan
barangannya. Sebarang pemasaran dan promosi eCosway, peluang bersama eCosway,
Rancangan Keuntungan dan barangan eCosway mestilah konsisten dengan kepentingan
awam, dan tidak terlibat dengan sebarang tindakan tidak sopan, penipuan, tidak tepat, tidak
beretika atau yang tidak bermoral.
Untuk mempromosikan barangan dan peluang hebat yang ditawarkan oleh eCosway, Pemilik
Perniagaan perlu menggunakan bahan bantuan jualan dan bahan sokongan yang diterbitkan
atau diluluskan oleh eCosway sahaja. Rasional disebalik ini adalah mudah. eCosway telah
memilih barangannya dengan penuh berhati-hati, merangka Rancangan Keuntungan dan
bahan promosi untuk memastikan setiap aspek eCosway adalah adil, jujur, benar dan
mematuhi keperluan perundangan kebangsaan, persekutuan, negeri, kawasan, jajahan atau
undang-undang tempatan yang kompleks. Jika Pemilik Perniagaan dibenarkan untuk
menerbitkan bahan bantuan jualan dan bahan promosi mereka sendiri (termasuk
pengiklanan dalam internet) tanpa mendapat kelulusan dengan mengambil kira kejujuran
dan niat baik mereka, ada kemungkinan mereka akan melanggar undang-undang, statut-statut
atau peraturan yang mengawal perniagaan eCosway. Kesalahan ini walaupun mungkin
kecil dari segi bilangannya tetapi ianya mungkin mengancam peluang eCosway bagi semua
Pemilik Perniagaan. Sejajar dengan itu, Pemilik Perniagaan mesti menghantar semua alat
bantuan jualan yang bercetak, bahan promosi, iklan, dan lain-lain bahan cetak (termasuk
cadangan untuk mengiklan dalam Internet) kepada Syarikat untuk mendapatkan kelulusan.
Melainkan Pemilik Perniagaan telah menerima kelulusan secara bertulis daripada Syarikat,
sebarang permohonan hendaklah dianggap telah ditolak. Pemilik Perniagaan boleh
menghasilkan, menerbit dan menggunakan alat bantuan jualan, bahan promosi, iklan dan
lain-lain bahan cetak tanpa kelulusan bertulis dariada Syarikat jika dan hanya kalau ianya
tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung kepada eCosway atau Rancangan
Keuntungan, barangan, tanda niaga, nama niaga, tanda perkhidmatan, nama perkhidmatan,
laman web, URL atau lain-lain maklumat yang merujuk kepada eCosway.
|
|
|
|
3.2.2 |
Polisi Anti-Spam
Untuk melindungi kepentingan semua Pembeli dan Pemilik Perniagaan, eCosway telah
mengamalkan TOLERANSI SIFAR terhadap kegiatan spam dan pengiklanan tidak tepat.
Mana-mana Pemilik Perniagaan atau Pembeli yang didapati menggunakan kaedah
‘spamming’ atau pengiklanan secara tidak tepat untuk mempromosikan perniagaan eCosway
akan ditamatkan keahliannya. Jikalau seorang Pemilik Perniagaan ditamatkan keahlian
kerana ‘spamming’, mereka akan kehilangan semua hak keahlian, semua duit dan nilai mata
(VPs), kad nilai mata (CVPs), Mata Tebus (RPs), eVolume (eV) dan Unit Kelayakan (QUs) dan
tidak lagi layak untuk menyertai eCosway dibawah mana-mana jenis keahlian. Jika kegiatan
'spamming' itu mengakibatkan sebarang kerosakkan kepada mana-mana laman web,
domain, pelayan atau aktiviti yang menggendalikan operasi harian eCosway, Pemilik
Perniagaan tersebut akan bertanggung jawab atas segala kerosakkan dan kerugian yang
dialami oleh Syarikat.
Tidak ada definasi tetap yang konsisten berkenaan "spam" buat masa ini. Sesetengah orang
bertegas mengatakan hanya emel perniagaan yang dihantar secara pukal tanpa izin
(Unsolicited Commercial Email - UCE) dikatakan spam, tapi ramai individu dan organisasi
antispam berpendapat bahawa sebarang emel yang dihantar kepada seseorang yang tidak
sudi menerima emel itu, maka ianya dianggap spam. Untuk tujuan polisi ini, eCosway akan
menganggap aktiviti yang dilakukan dalam situasi yang berikut sebagai spam dan melanggar
polisi eCosway:
Secara khususnya Pemilik Perniagaan eCosway dihalang daripada melakukan perkara yang
berikut ini :
-
Menggunakan perkataan Cosway atau e-Cosway (walau pun dalam kandungan
bersama lain perkataan seperti "MyCosway" atau eCoswayNow dan lain-lain.
-
Menggunakan ejaan yang berasaskan perkataan berikut (seperti e-Cosway, eeCosway,
causeway atau ezcosway).
-
Merujuk kepada Cosway atau eCosway.
-
Menghubungkan URL eCosway atau laman-laman web* (lihat senarai).
-
Menghubungkan kepada satu laman yang kemudiannya menghubungkan kembali kepada URL eCosway atau laman webnya.
-
Menggunakan "mukasurat petunjuk" atau "penghubung kembali" yang membawa
semula ke laman eCosway.
-
Menghantar sebarang maklumat secara langsung atau tidak langsung berkaitan
dengan eCosway.
dalam sebarang situasi yang berikut :
-
Ketika melanggar sebarang undang-undang tempatan, negeri, persekutuan atau
antarabangsa termasuk yang berkaitan dengan UCE - penghantaran emel komersil
secara pukal.
-
Dalam alamat laman web.
-
Dalam sebarang bentuk pengiklanan (kecuali yang telah dibenarkan secara khususnya
oleh eCosway).
-
Dalam fail tandatangan (kecuali yang telah dibenarkan secara khususnya oleh
eCosway).
-
Dalam sebarang e-mel kepada sesiapa atau bakal Pemilik Perniagaan yang belum
meminta sebarang maklumat atau mengizinkan anda menghantar maklumat tersebut
kepada mereka.
-
Dalam sebarang bentuk e-mel yang telah dihantar kepada satu senarai pukal termasuk
"senarai selamat" (safe list), "senarai bersih" (clean list), senarai pembelian dan
senarai yang telah disalin daripada ruang "Hantar Kepada" (send to) emel anda.
-
Dalam sebarang maklum balas kepada sesiapa yang telah menghantar mesej kepada
anda, membuat iklan, atau telah menghantar emel tanpa izin.
-
Dalam sebarang emel yang telah dihantar tanpa alamat penghantar yang sah, yang
boleh dibalas kembali.
-
Dalam sebarang emel yang menggunakan nama samaran atau nama palsu, perkara
yang tidak benar, samar-samar atau tidak jelas, keterangan yang tidak jelas atau
sebarang bentuk maklumat yang tidak benar dan tidak tepat.
-
Semasa berkomunikasi dalam ruang perbualan (chat room) tanpa mendapatkan
kebenaran atau izin daripada pihak satu lagi.
-
Semasa berhubung dengan seseorang melalui sistem mesej pantas (seperti ICQ,
Yahoo, IM etc.) tanpa mendapatkan kebenaran atau izin untuk sebarang maklumat
lanjut daripada orang tersebut.
-
Semasa menghantar sebarang maklumat kepada sebarang forum, usenet atau
kumpulan berita (newsgroup), senarai 'majordomo', papan buletin, senarai
perbincangan atau lain-lain kumpulan yang sama atau senarai-senarai dalam Internet.
-
Dalam sebarang bahan dalam talian (online) atau bahan bercetak yang belum
diluluskan oleh eCosway.
-
Dalam sebarang bahan yang diedar dalam kawasan persendirian atau sebarang
tempat lain dalam cara yang tidak dibenarkan oleh sebarang individu, badan atau oleh
undang-undang.
-
Serta sebarang URL atau domain yang digunakan atau yang bakal digunakan oleh
eCosway.
* The URLs ("Universal Resource Locators") or more commonly known as "website addresses" and domains that you are prohibited from referencing or linking to, directly or indirectly, with or without attaching a Business Owner/Shopper ID, may include but not limited to the following:
|
|
|
www.eCosway.com
www.MakeMoneyStayingHome.com
www.AmazingOneDollarAuction.com
www.HexagonLivingWater.com
www.PartnerMerchants.com
www.ChargeAndEarn.com
|
|
|
|
3.2.3 |
Faks tanpa izin
Melainkan daripada apa yang telah disebut dalam seksyen ini, para Pemilik Perniagaan tidak
boleh menggunakan atau menghantar faks yang berkaitan dengan operasi perniagaan
eCosway mereka tanpa kebenaran.
Istilah "faks tanpa izin" bermaksud transmisi melalui faksimili akan sebarang bahan atau
maklumat iklan atau promosi eCosway, barangannya, Rancangan Keuntungan atau sebarang
aspek Syarikat yang dihantar kepada sesiapa sahaja, melainkan bagi istilah yang tidak
tertakluk kepada istilah ini iaitu : (a) bagi sesiapa sahaja yang telah memberikan kebenaran atau jemputan; atau (b) kepada sesiapa sahaja yang telah memiliki perhubungan perniagaan
atau peribadi sedia ada. Istilah "kaitan perniagaan atau perhubungan peribadi" bermaksud
perhubungan yang telah pun sedia ada atau perhubungan komunikasi dua hala antara
Pemilik Perniagaan dan orang yang berkenaan berdasarkan: (i) pertanyaan, permohonan,
pembelian atau transaksi bagi barangan yang ditawarkan oleh Pemilik Perniagaan; atau (ii)
perhubungan peribadi atau keluargaaan di mana perhubungan ini belum lagi diputuskan oleh
kedua-dua pihak sebelum ini.
|
|
|
|
3.2.4 |
Teknik Pemasaran Melalui Telefon
Penggunaan sebarang bentuk alat telefon automatik atau taktik "memaksa" berhubung
dengan pemasaran atau promosi eCosway, barangannya atau berkenaan peluangnya adalah
sama sekali tidak dibenarkan. Bagi seksyen ini istilah taktik "memaksa" ini termasuk taktik
promosi yang berbentuk pemaksaan kepada bakal Pemilik Perniagaan untuk membuat
keputusan dalam jangka waktu yang singkat atau situasi yang direka untuk mengawal
keengganan bakal Pemilik Perniagaan menyertai eCosway, termasuk dengan cara :
|
|
|
|
|
a)
|
menggunakan kempen secara intensif melalui telefon atau membuat panggilan
telefon kepada sesiapa tanpa kebenaran dimana orang yang ditelefon adalah tidak
kenali oleh yang menelefon serta memaksa orang yang ditelefon untuk membuat
keputusan tergesa-gesa tanpa mengambil kira keperluan dan objektif orang tersebut;
|
|
b)
|
menggunakan skrip yang direka untuk menepati objektif bakal Pemilik Perniagaan;
|
|
c)
|
panggilan telefon yang berulang-ulang kali;
|
|
d)
|
panggilan telefon yang bersifat memerangkap bakal Pemilik Perniagaan;
|
|
e)
|
nada mengugut bakal Pemilik Perniagaan dalam telefon dengan mengatakan mereka
kesuntukkan masa untuk membuat keputusan.
|
|
|
|
***
3.2.5 |
Laman web, Nama domain, dan Alamat E-mel
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan, mendaftar, atau cuba untuk mendaftar
perkataan "eCosway", "Cosway" atau sebarang nama perniagaan, tanda perniagaan, nama
perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama barangan eCosway atau sebarang nama yang
berasaskannya, dalam sebarang nama domain, dalam mana-mana laman web, alamat emel,
mana-mana laman blog atau dalam mana-mana nama samaran atau dalam kod HTML atau
"meta-tags" sebarang laman web bukan milik eCosway tanpa kelulusan bertulis daripada
eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga tidak dibenarkan untuk menghubungkan mana-mana
domain atau laman web eCosway daripada mana-mana laman web yang tidak berkaitan
dengan laman web eCosway. Jika Pemilik Perniagaan ingin menggunakan nama "eCosway"
atau "Cosway" dalam sesuatu laman web, atau jika Pemilik Perniagaan ingin menghubungkan
eCosway daripada laman web yang telah direka sendiri oleh Pemilik Perniagaan, mereka
mesti terlebih dulu menghubungi eCosway untuk mendapatkan kebenaran bertulis untuk
melakukan sedemikian. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menggunakan, memasukkan,
atau cuba memasukkan perkataan "eCosway", "Cosway" atau sebarang nama perniagaan,
tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama produk atau nama yang
berasaskannya dalam sebarang bentuk alamat mel elektronik atau fail-fail tandatangan.
Jika seorang Pemilik Perniagaan ingin menggunakan laman web Internet untuk
mempromosikan perniagaan, mereka boleh melakukannya melalui laman web rasmi
eCosway dengan menggunakan templet rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan juga boleh
membina laman web mereka sendiri, tetapi para Pemilik Perniagaan ini mesti memastikan
laman web tersebut tidak mengandungi rujukkan secara langsung atau pun tidak langsung
kepada eCosway atau Rancangan Keuntungan, barangan, tanda perniagaan, tanda
perkhidmatan, laman web, URL atau sebarang maklumat yang berkenaannya. Para Pemilik
Perniagaan yang mereka atau yang menerbitkan laman web mereka sendiri mesti mendaftar
laman web mereka dengan Syarikat dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada Syarikat
sebelum laman web itu dibuka kepada orang ramai. Para Pemilik Perniagaan juga mesti
memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan dibuat kepada laman
tersebut. Kegagalan untuk memberitahu Syarikat akan sebarang perubahan atau tambahan
dianggap melanggar polisi dan prosedur ini.
|
|
|
|
3.2.6 |
Tanda Perniagaan dan Hak Cipta
eCosway tidak akan membenarkan penggunaan bagi sebarang tujuan sebarang bentuk tanda
nama, tanda perniagaan, nama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, nama produk, URL,
alamat web, rekaan atau simbol oleh sesiapa sahaja termasuk Pemilik Perniagaan eCosway
tanpa kebenaran bertulis. Para Pemilik Perniagaan tidak perlu mendapatkan kebenaran
bertulis untuk menggunakan apa yang tersebut di atas jika para Pemilik Perniagaan
menggunakan bahan rasmi eCosway bagi tujuan perniagaan berkaitan dengan eCosway.
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh menerbitkan sebarang acara atau ucapan Syarikat untuk
pengedaran atau jualan tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada eCosway. Para
Pemilik Perniagaan juga tidak boleh menerbitkan semula sebarang persembahan rakaman
audio atau video Syarikat.
|
|
|
|
3.2.7 |
Hakcipta Laman Web
Para Pemilik Perniagaan mengakui Laman Web eCosway mengandungi maklumat, data,
gambar, graf, perisian, video, teks, muka taip, grafik, rekaan, musik, bunyi dan lain-lain bahan
(secara kolektifnya dikenali sebagai "Harta Intelektual") yang dilindungi oleh hakcipta, paten,
tanda niaga, rahsia perniagaan dan lain-lain hak dan semua hak ini sah dan dilindungi
daripada semua jenis teknologi yang wujud sekarang dan yang akan bakal wujud. Para
Pemilik Perniagaan juga mengakui mereka tidak akan mengubahsuai, mengeluarkan,
memadamkan, menaiktarafkan, menambahkan, menerbitkan, menghantar, melibatkan diri
dalam pemindahan milik atau penjualan, menghasilkan sesuatu kerja derivatif, mengagihkan,
melaksanakan, menyiarkan atau dalam sebarang bentuk cara mengeksploitasikan mana-mana
Hak Intelektual atau laman web secara sebahagian atau pun secara keseluruhannya.
Setakat yang perlu untuk mengakses dan menggunakan laman web eCosway secara sah, dan
dengan syarat tidak ada sebarang halangan yang dikenakan, para Pemilik Perniagaan boleh
menyiarkan, memuat turun, menyimpan dan mencetak mana-mana bahagian laman web
hanya bagi kegunaan peribadi Pemilik Perniagaan. Dalam berbuat demikian, Pemilik
Perniagaan mestilah tidak mengubahsuai dan mengekalkan semua hakcipta yang
terkandaung dalam bahan yang dicetak tersebut.
Pemilik Perniagaan tidak boleh mengubah atau meniru sebarang bahan yang terkandung
dalam Laman Web eCosway tanpa keizinan bertulis dari eCosway. Pemilik Perniagaan
bersetuju bahawa mereka tidak akan menyalin, memunggah, menghimpun semula atau
memusing kejuruteraan sebarang bahagian dari Laman Web eCosway. Pemilik Perniagaan
selanjutnya bersetuju yang mereka tidak akan dalam cara lain mencuba untuk mendapatkan
atau mempelajari sumber kod, struktur, algoritma, atau idea yang terdapat di laman ini.
Jika sebarang syarat dalam Seksyen ini tidak dipatuhi, ianya akan dianggap menyalahi
Perjanjian Pemilik Perniagaan. Semua syarat dalam Sekyen 3.2.7. ini akan sentiasa
berkuatkuasa walaupun Perjanjian Pemilik Perniagaan ini telah tamat tempoh atau dibatakan
dengan apa jua sebab.
|
|
|
|
3.2.8 |
Media dan Pertanyaan Media
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh mencuba untuk memberikan maklum balas kepada
sebarang pertanyaan media berkenaan eCosway, barangannya, atau berkenaan mana-mana
perniagaan eCosway. Semua pertanyaan oleh sebarang bentuk media mestilah dirujuk terus
kepada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan. Polisi ini direka untuk memastikan maklumat yang
tepat dan konsisten diberikan kepada pihak umum dan juga untuk penampilan imej yang
baik.
|
|
|
|
3.3 |
Pendaftaran Yang Tidak Sah
"Pendaftaran yang tidak sah" termasuk : (a) pendaftaran bagi mana-mana individu atau entiti tanpa
pengetahuan dan/atau menyempurnakan Permohonan dan Perjanjian Pemilik Perniagaan oleh individu
atau entiti tersebut; atau (b) pendaftaran atau percubaan pendaftaran mana-mana individu atau entiti
yang tidak wujud sebagai Pemilik Perniagaan atau Pembeli ("hantu"). Pendaftaran yang tidak sah
dianggap melanggar Polisi dan Prosedur, dan adalah dilarang sama sekali.
|
|
|
|
3.4 |
Perubahan pada Perniagaan eCosway
|
3.4.1 |
Secara Am
Setiap Pemilik Perniagaan mestilah memberitahu eCosway dengan serta-merta tentang
sebarang perubahan pada maklumat yang terkandung dalam Perjanjian dan Permohonan
Pemilik Perniagaan yang disempurnakan olehnya. Para Pemilik Perniagaan boleh mengubah
maklumat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan yang sedia ada (contohnya perubahan dari
segi perkahwinan, menukar nama, menukar akaun banak atau nombor pengenalan,
perubahan pada nombor pengenalan yang diberikan oleh kerajaan atau menukar taraf
pemilikkan perseorangan kepada entiti yang dimiliki oleh Pemilik Perniagaan.) dengan
mengisikan "Borang Perubahan Maklumat" yang boleh didapati secara dalam talian (online)
dan menyerahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Pelanggan bersama dengan dokumendokumen
sokongan.
|
|
|
|
3.4.2 |
Pembatalan Dan Permohonan Semula
Pemililk Perniagaan Bebas boleh membatalkan perniagaan mereka dengan membuat
permohonan bertulis kepada Syarikat. Pemilik Perniagaan tersebut boleh memohon untuk
pendaftaran semula dibawah cawangan atau jaringan yang berbeza selepas tidak
mempunyai aktiviti yang aktif selama 6 bulan.
Dalam keadaan di mana perniagaan Pemilik Perniagaan ini terbatal kerana beliau tidak
memperbaharuinya, Pemilik Perniaagaan berkenaan boleh terus mendaftar semula di bawah
cawangan atau jaringan yang berbeza, bergantung kepada mana-mana syarat yang mungkin
ditetapkan oleh Syarikat.
Yuran pendaftaran yang telah dibayar oleh Pemilik Perniagaan tidak akan dipulangkan jika
berlaku pembatalan. Walau bagaimanapun, Syarikat boleh mempertimbangkan untuk
pembayaran balik yuran tersebut jika pembatalan dilakukan dalam tempoh 14 hari kalendar
dari tarikh perdaftaran.
|
|
|
|
3.5 |
Unauthorised Claims and Actions
|
3.5.1 |
Tanggungan Rugi
Seorang Pemilik Perniagaan bertanggungjawab sepenuhnya bagi sebarang kenyataan lisan
dan kenyataan bertulis berkenaan barangan eCosway dan Rancangan Keuntungan yang tidak
terkandung dalam bahan cetak rasmi eCosway. Para Pemilik Perniagaan bersetuju untuk
melindungi dan menganggung segala kerugian eCosway dan para pengarah eCosway,
pegawai-pegawai eCosway, pekerja dan ejen daripada sebarang bentuk liabiliti termasuk
keputusan mahkamah, penalti sivil, pemulangan semula, bayaran guaman, kos mahkamah
atau kerugian perniagaan yang ditanggung oleh eCosway akibat daripada tindakan tanpa izin
Pemilik Perniagaan. Peruntukkan ini masih akan terus berkuatkuasa walaupun selepas
pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaan.
|
|
|
|
3.5.2 |
Dakwaan Produk
Tidak ada sebarang dakwaan (termasuk testimoni peribadi) bahawa barangan yang
ditawarkan oleh eCosway sebagai bahan yang menenangkan, menyembuhkan dan sifat-sifat
berfaedah barangan tersebut selain daripada yang terkandung dalam bahan cetak rasmi
eCsoway. Secara khususnya Pemilik Perniagaan tidak boleh mendakwa bahawa barangan
eCosway mujarab dalam mengubati, memulihkan, mendiagnosis, mengurangkan atau
menghalang sebarang penyakit. Kenyataan seumpama ini boleh dianggap sebagai kenyataan
berbentuk dakwaan perubatan. Dakwaan seperti ini bukan sahaja melanggar polisi eCosway
tetapi ianya mungkin berpotensi melanggar peraturan dan undang-undang kebangsaan,
persekutuan, negeri, jajahan, kawasan atau pun setempat.
|
|
|
|
3.5.3 |
Dakwaan Pendapatan
Dalam keghairahan mendaftar bakal Pemilik Perniagaan, sesetengah Pemilik Perniagaan ada
kalanya suka untuk menggunakan dakwaan pendapatan atau anggaran pendapatan yang
akan dijana untuk menunjukkan kuasa tersirat pemasaran bertingkat. Ini bukan satu langkah
bijak kerana seorang Pemilik Perniagaan yang baru mungkin akan kecewa dengan cepat jika
keputusannya adalah tidak sehebat atau secepat yang dicapai oleh orang lain. Di eCosway,
kami percaya bahawa potensi untuk menjana pendapatan bersama eCosway sudah cukup
untuk menarik perhatian bakal Pemilik Perniagaan tanpa membuat laporan tentang
pendapatan orang lain.
Lagi pun di kebanyakan negara, negeri, daerah dan jajahan terdapat peraturan dan undang-undang
yang menghalang beberapa jenis dakwaan pendapatan dan pengakuan yang dibuat
oleh orang yang terlibat dalam pasaran berangkai. Para Pemilik Perniagaan mungkin
berpendapat adalah amat berguna untuk menyediakan salinan Laporan Status Perniagaan
atau untuk menunjukkan pendapatan yang dijana oleh mereka atau mana-mana individu
lain, namun tersebut adalah bercanggah dengan undang-undang dan memberikan kesan
negatif terhadap eCosway dan juga Pemilik Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan yang
membuat dakwaan sebegini perlu mematuhi undang-undang ketulusan seperti yang telah
ditetapkan dan sejajar dengan dakwaan pendapatan dan anggaran pendapatan. Disebabkan
para Pemilik Perniagaan eCosway tidak ada maklumat yang diperlukan untuk menepati
peruntukkan undang-undang yang merangkumi dakwaan pendapatan, seorang Pemilik
Perniagaan ketika memperkenalkan atau berbincang tentang peluang di eCosway atau
Rancangan Keuntungan kepada bakal Pemilik Perniagaan, mereka tidak boleh membuat
anggaran pendapatan, dakwaan pendapatan, atau menunjukkan pendapatan mereka di
eCosway atau Laporan Status Perniagaan (termasuk penyata bank dan penyata cukai
pendapatan). Walau bagaimanapun, Pemilik Perniagaan penggunaan contoh secara hipotesis
dalam menerangkan Rancangan Keuntungan yang berdasarkan kiran unjuran pendapatan
adalah dibenarkan dengan syarat Pemilik Perniagaan tersebut sesungguhnya menjelaskan
bahawa sebarang kiraan unjuran pendapatan adalah dibuat secara hipotesis dan bukannya
berdasarkan keadaan sebenar.
|
|
|
|
3.6 |
Percanggahan Kepentingan
|
3.6.1 |
Mencuri Pemilik Perniagaan Lain
Pemilik Perniagaan eCosway boleh menyertai mana-mana syarikat jualan langsung atau
syarikat pemasaran berangkai atau syarikat pemasaran bertingkat (secara kolektif dikenali
sebagai "pemasaran berangkai") yang lain, dan para Pemilik Perniagaan boleh melibatkan diri
dalam aktiviti jualan yang tidak berkaitan dengan barangan eCosway jika mereka ingin
melakukannya. Namun, jika seorang Pemilik Perniagaan memilih untuk menyertai peluang
pemasaran berangkai yang lain, untuk memastikan tiada percanggahan kepentingan dan
kesetiaan, para Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan untuk melakukan Pengenalan Tidak Sah,
ianya termasuk melalui cara-cara berikut :
|
|
|
|
|
a)
|
Semasa Perjanjian ini berkuatkuasa, sebarang langkah atau percubaan untuk
mendaftarkan Pemilik Perniagaan eCosway ke dalam syarikat pemasaran berangkai
yang lain (kecuali Cosway) secara langsung atau melalui pihak ketiga. Ini termasuk,
tetapi tidak terhad kepada persembahan atau membantu dalam mempersembahkan
lain-lain pemasaran berangkai (kecuali Cosway) kepada mana-mana Pemilik
Perniagaan eCosway dan secara langsung atau tidak langsung mengajak mana-mana
Pemilik Perniagaan eCosway untuk menyertai perniagaan lain. Oleh kerana akan
terdapat kemungkinan yang sangat tinggi untuk percanggahan berlaku jika seseorang
Pemilik Peniagaan mempunyai dua program jaringan pasaran yang berbeza, Pemilik
Perniagaan bertanggungjawab untuk menentukan dan mengesahkan terlebih dahulu
samada orang yang ingin didaftarkan dalam jaringan selain eCosway adalah Pemilik
Perniagaan eCosway sedia ada atau tidak.
|
|
b)
|
Bekas Pemilik Perniagaan adalah dilarang sama sekali untuk mengajak atau
memperkenalkan mana-mana Pemilik Perniagaan sedia ada kepada mana-mana
rancangan perniagaan yang lain (selain Cosway) selama enam bulan selepas
pembatalan Perjanjian Pemilik Perniagaannya.
|
|
|
|
3.6.2 |
Laporan Status Perniagaan
Para Pemilik Perniagaan boleh mendapatkan Laporan Status Perniagaan di laman web rasmi
eCosway. Laporan Status Perniagaan ini adalah dlilindungi dengan kata laluan. Semua
Laporan Status Perniagaan dan maklumat yang terkandung dalamnya adalah rahsia dan
semua maklumat tersebut adalah milik mutlak serta rahsia perniagaan eCosway. Laporan
Status Perniagaan disediakan untuk para Pemilik Perniagaan adalah rahsia dan diberikan
kepada para Pemilik Perniagaan hanya untuk membantu para Pemilik Perniagaan dan
cawangan jaringan mereka untuk mengembangkan perniagaan eCosway mereka. Para
Pemilik Perniagaan mesti menggunakan Laporan Status Perniagaan untuk membantu,
memotivasi dan melatih Pemilik Perniagaan lain dalan cawangan jaringan mereka. Para
Pemilik Perniagaan dan eCosway bersetuju yang mana jika Pemilik Perniagaan tidak dapat
menerima syarat rahsia dan ketulusan, eCosway tidak akan memberikan Laporan Status
Perniagaan kepada Pemilik Perniagaan. Seorang Pemilik Perniagaan tidak boleh bagi diri
sendiri atau pun mewakili sesiapa, perkongsian, persatuan, badan atau lain-lain entiti :
|
|
|
|
|
a)
|
Menggunakan maklumat itu untuk bersaing dengan eCosway selain daripada
mempromosikan perniagaan eCosway mereka; atau
|
|
b)
|
Mendapatkan atau memujuk Pemilik Perniagaan eCosway yang muncul dalam
sebarang laporan atau mengambil langkah atau memperkenalkan kepada Pemilik
Perniagaan eCosway, untuk menukar pendirian mereka terhadap eCosway.
|
|
|
|
|
Pemilik Perniagaan dan bekas Pemilik Perniagaan perlu memulangkan semula semua Laporan
Status Perniagaan asal dan salinannya apabila diminta oleh Syarikat.
|
|
|
|
3.7 |
Kesilapan atau Persoalan
Mana-mana Pemilik Peniagaan yang mempunyai sebarang soalan atau mendapati terdapat kesilapan
dalam pengiraaan komisen, Laporan Status Perniagaan atau bayaran, Pemilik Perniagaan itu mesti
memberitahu eCosway secara bertulis melalui emel dalam masa 60 hari daripada tarikh kesilapan
tersebut. eCosway tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kesilapan, maklumat yang tidak
dimasukkan atau masalah yang tidak dilaporkan kepadanya dalam masa 60 hari.
|
|
|
|
3.8 |
Larangan Pembelian Inventori Berlebihan
Para Pemilik Perniagaan tidak diwajibkan menyimpan stok barangan atau peralatan bantuan jualan.
Para Pemilik Perniagaan yang melakukannya akan mendapati ianya lebih mudah untuk membuat jualan
runcit dan membina Rangkaian Global sebab ianya hanya perlukan masa yang singkat bagi memenuhi
pesanan Pembeli atau menepati permintaan Pemilik Perniagaan baru. Setiap Pemilik Perniagaan mesti
membuat keputusan yang tepat untuk perkara ini.
eCosway menghalang sama sekali pembelian barangan yang banyak khusus bagi tujuan untuk
melayakkan diri bagi mendapatkan komisen atau menaiki tangga Rancangan Keuntungan. Para Pemilik
Perniagaan tidak boleh membeli lebih banyak inventori daripada apa yang mereka mampu jual atau
gunakan dalam masa sebulan atau pun mengalakkan orang lain untuk melakukan sedemikian.
|
|
|
|
3.9 |
Kelulusan atau Sokongan Kerajaan
Kebanyakan agensi kerajaan di peringkat kebangsaan, persekutuan, daerah, jajahan atau agensi
penguasa tempatan atau pegawai mereka, tidak terlibat dalam meluluskan atau memberikan sokongan
kepada mana-mana syarikat jualan langsung atau syarikat pemasaran berangkai atau rancangan
mereka. Oleh itu, para Pemilik Perniagaan tidak boleh menganggap atau mendakwa yang eCosway atau
Rancangan Keuntungan telah "diluluskan ", "disokong " atau mendapat pengiktirafan daripada mana-mana
agensi kerajaan, melainkan Syarikat atau Rancangan Keuntungan telah pun diluluskan atau
diluluskan secara rasmi oleh agensi tersebut.
|
|
|
|
3.10 |
Menahan Pendaftaran atau Pesanan
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh memanipulasikan pendaftaran Pemilik Perniagaan baru atau
pembelian barangan. Memegang pendaftaran atau pesanan dianggap "stacking". Istilah ini termasuk :
(a) kegagalan untuk menghantar kepada eCosway, atau memegang Permohonan dan Perjanjian Pemilik
Perniagaan bagi tempoh masa dua puluh empat jam (24) selepas wang atau maklumat kad kredit telah
diberikan oleh seorang Pemilik Perniagaan baru (melainkan berlaku kegagalan transmisi Permohonan
Pemilik Perniagaan dan Perjanjian disebabkan situasi-situasi yang dinyatakan dalam Seksyen 1.4); (b)
meletakkan atau memanipulasikan Permohonan dan Perjanjian Pemilik Perniagaan bagi tujuan
memaksimakan pendapatan berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway; atau (c) menyediakan
bantuan kewangan kepada Pemilik Perniagaan baru bagi tujuan memaksimakan pendapatan
berdasarkan Rancangan Keuntungan eCosway. 'Stacking' juga dianggap melanggar peraturan serta
Polisi dan Prosedur berikut dan adalah dihalang dengan keras sama sekali.
|
|
|
|
3.11 |
Pengenalan
Seorang Pemilik Perniagaan mesti menyediakan Nombor Pengenalan rasmi yang mana maklumat
pengenalan tersebut mestilah boleh diterima untuk pembukaan akaun bank dalam negara di mana
Pemilik Perniagaan tersebut tinggal. Maklumat ini mesti diberikan kepada eCosway melalui
Permohonan Pemilik Perniagaan dan Perjanjian.
|
|
|
|
3.12 |
Cukai Pendapatan
Setiap tahun eCosway akan menyediakan laporan cukai pendapatan kepada Pemilik Perniagaan yang
memerlukan bagi memenuhi keperluan sesebuah negara Pemilik Perniagaan tersebut. Setiap Pemilik
Perniagaan bertanggungjawab untuk membayar cukai kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah,
jajahan atau cukai setempat ke atas mana-mana pendapatan yang dijana sebagai Pemilik Perniagaan.
|
|
|
|
3.13 |
Status Kontraktor Bebas
Para Pemilik Perniagaan adalah kontraktor bebas dan bukannya pembeli francais atau peluang
perniagaan. Perjanjian antara eCosway dan para Pemilik Perniagaan tidak mewujudkan sebarang
perhubungan pekerja/majikan, agensi, perkongsian atau usahasama antara Syarikat dan Pemilik
Perniagaan. Para Pemilik Perniagaan tidak akan dilayan sebagai pekerja untuk perkhidmatan mereka
atau bagi tujuan percukaian kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan. Semua Pemilik
Perniagaan bertanggungjawab untuk membayar cukai bagi semua pendapatan yang dijana sebagai
Pemilik Perniagaan eCosway kepada kerajaan kebangsaan, persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau
setempat. Para Pemilik Perniagaan tidak ada sebarang hak (dalam apa jua keadaan) untuk mengikat
Syarikat dengan sebarang tanggungjawab. Setiap Pemilik Perniagaan boleh menetapkan matlamat,
waktu dan cara jualan, asalkan mereka menuruti syarat-syarat dalam Perjanjian Pemilik Perniagaan,
Polisi dan Prosedur ini dan undang-undang yang berkenaan.
Nama eCosway dan lain-lain nama yang akan digunakan oleh eCosway adalah tanda niaga, hak cipta
dan tanda perkhidmatan eCosway adalah hak milik eCosway. Oleh yang demikian, tanda-tanda ini amat
berharga kepada eCosway dan diberikan kepada para Pemilik Perniagaan bagi penggunaan mengikut
syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sebarang penggunaan tanda-tanda ini terhadap barangan yang
tidak dihasilkan oleh Syarikat ditegah sama sekali kecuali dalam keadaan berikut:
Nama Pemilik Perniagaan
Pemilik Perniagaan
Setiap Pemilik Perniagaan boleh mengelar diri mereka sebagai "Pemilik Perniagaan Bebas eCosway"
dalam halaman kuning dan putih buku panduan telefon dibawah nama asal mereka, walaubagaimana
pun frasa ini atau pun sebarang kata-kata lain yang merujuk kepada eCosway tidak boleh digunakan
dalam mana-mana fail tandatangan emel. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh membuat iklan dalam
buku panduan telefon dengan menggunakan nama atau logo eCosway. Para Pemilik Perniagaan tidak
boleh menjawab panggilan telefon dengan menyebut "eCosway" atau dalam mana-mana cara lain yang
boleh membuat pemanggil percaya yang mereka telah menghubungi pejabat korporat eCosway.
|
|
|
|
3.14 |
Pematuhan terhadap undang-undang dan ordinan
|
3.14.1 |
Ordinan Tempatan
Di sesetengah negara, negeri, daerah, jajahan dan bandar ada undang-undang yang terpakai
kepada perniagaan yang dijalankan dari rumah. Dalam kebanyakkan kes, undang-undang ini
tidak terpakai kepada para Pemilik Perniagaan sebab jenis perniagaan yang dijalankan.
Walau bagaimanapun para Pemilik Perniagaan mesti mematuhi undang-undang yang
terpakai kepada mereka jika ada. Jika ada pegawai kerajaan memberitahu seorang Pemilik
Perniagaan terdapat undang-undang, peraturan atau ordinan terpakai kepada Pemilik
Perniagaan, Pemilik Perniagaan tersebut mesti dengan cara yang sopan memberi kerjasama;
dan hantar salinan ordinan tersebut kepada eCosway.
|
|
|
|
3.14.2 |
Pematuhan Terhadap Undang-Undang Kebangsaan, Persekutuan, Negeri, Daerah, Jajahan atau Tempatan
Pemilik Perniagaan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan kebangsaan,
persekutuan, negeri, daerah, jajahan atau tempatan semasa menjalankan perniagaan
mereka.
|
|
|
|
3.15 |
Bawah umur
Seorang yang berada dibawah umur dalam negara atau negeri yang didudukinya tidak boleh menjadi
Pemilik Perniagaan eCosway. Para Pemilik Perniagaan tidak boleh mendaftar atau membawa masuk
Pemilik Perniagaan bawah umur ke dalam rancangan eCosway.
|
|
|
|
3.16 |
Keempunyaan Beberapa Perniagaan eCosway
Seorang Pemilik Perniagaan boleh menjalankan operasi atau mempunyai kepentingan, mengikut
undang-undang atau saham, sebagai pemilik tunggal, rakan kongsi, pemegang saham, pemegang
amanah atau waris dalam hanya satu perniagaan eCosway sahaja kecuali Pemilik Perniagaan sebelum
ini pernah mendaftar dengan "ID perniagaan yang berbilang" seperti yang dibenarkan oleh eCosway
dan mendaftar ID yang berbeza dengan profil akaun yang sama. Tiada individu yang boleh menjalankan
atau menerima pendapatan melebihi daripada satu perniagaan eCosway dalam apa jua cara kecuali
konfigurasi yang dibenarkan iaitu ID perniagaan yang berkongsi satu profil. Pengecualian ke atas
peraturan satu perniagaan untuk seorang Pemilik Perniagaan sahaja akan dipertimbangkan mengikut
kes (contohnya seorang Pemilik Perniagaan yang menerima perniagaan itu melalui pewarisan).
Permohonan ke atas pengecualian polisi ini mestilah diberikan secara bertulis kepada Jabatan Keahlian.
|
|
|
|
3.17 |
Larangan Pembungkusan Semula dan Pelabelan Semula
Para Pemilik Perniagaan tidak boleh membungkus semula, melabel semula, mengganti atau mengubah
label sebarang barangan, maklumat, bahan atau rancangan eCosway dalam apa jua cara pun. Perbuatan
melabel semula atau membungkus semula besar kemungkinan akan salah dari segi undang-undang
kebangsaan, persekutuan, daerah, jajahan atau tempatan yang akan mendatangkan hukuman jenayah
yang berat. Para Pemilik Perniagaan juga patut sedar bahawa liabiliti awam boleh timbul akibat
daripada aktiviti pembungkusan dan pelabelan semula barangan, orang yang menggunakan barangan
tersebut mungkin mengalami kecederaan atau mungkin harta benda mereka akan rosak.
|
|
|
|
3.18 |
Permintaan Rekod
Jika terdapat sebarang laporan, dokumen atau rekod yang boleh didapati secara dalam talian, seorang
Pemilik Perniagaan mesti memuat turun dan mencetaknya daripada sistem eCosway. Sebarang
permintaan untuk mendapatkan salinan invois, permohonan, Laporan Status Perniagaan atau lain-lain
rekod boleh didapati oleh Pemilik Perniagaan daripada Jabatan Keahlian Syarikat dengan dikenakan
bayaran. Bayaran ini akan termasuk bayaran mengepos dan masa yang diperlukan untuk mendapatkan
fail dan untuk membuat salinan rekod berkenaan.
|
|
|
|
3.19 |
Penaiktarafan Status Rangkaian
Apabila berlaku kekosongan dalam Rangkaian Global akibat daripada penamatan satu perniagaan
eCosway, setiap Pemilik Perniagaan pada tahap pertama dibawah Pemilik Perniagaan yang
menamatkan keahlian pada tarikh pembatalan akan naik ke tahap pertama ("barisan hadapan") penaja
yang menaja Pemilik Perniagaan itu. Contohnya jika A menaja B, dan B menaja C1, C2 dan C3, jika B
menamatkan perniagaan mereka, C1, C2 dan C3 akan "naik ke atas" ke A dan menjadi sebahagian
daripada tahap pertama A.
|
|
|
|
3.20 |
Jualan, Pindah milik atau Peletakhakkan Terhadap perniagaan eCosway
Walaupun perniagaan eCosway dimiliki secara persendirian, dan beroperasi secara bebas, sebarang
jualan, pindah milik atau peletakhakkan perniagaan eCosway adalah tertakluk kepada beberapa had.
Jika seorang Pemilik Perniagaan ingin menjual perniagaan eCosway, kriteria yang berikut mesti dipatuhi:
|
|
|
|
|
a)
|
Perlindungan terhadap penaja yang sedia ada mesti dikekalkan agar perniagaan eCosway terus
beroperasi mengikut penaja tersebut.
|
|
b)
|
Pembeli atau orang yang menerima pindah milik tersebut mestilah seorang Pemilik Perniagaan
eCosway yang layak. Jika pembeli itu seorang Pemilik Perniagaan eCosway yang aktif, mereka
mesti terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada eCosway sebelum menamatkan
perniagaan eCosway mereka secara serentak dengan pembelian, pemindahan milik,
perletakhakkan atau pengambilan sebarang kepentingan dalam perniagaan eCosway yang baru.
Peraturan penantian selama enam (6) bulan yang ditetapkan dalam Seksyen 3.4.2 tidak akan
merangkumi jualan, pindah milik atau peletakhakkan perniagaan eCosway yang berkaitan
dengan seksyen ini.
|
|
c)
|
Sebelum jualan, pindahan milik, atau peletakhakkan dapat dimuktamadkan dan diluluskan oleh
eCosway, sebarang hutang terhadap eCosway yang ditanggung oleh Pemilik Perniagaan asal
mesti dijelaskan dan diselesaikan.
|
|
d)
|
Pemilik Perniagaan yang menjual tidak boleh melanggar sebarang syarat atau undang-undang
Pejanjian bagi membolehkan mereka menjual, memindah milik atau meletakhakkan perniagaan
eCosway.
|
|
|
|
|
Sebelum menjual perniagaan eCosway, penjual mesti memberitahu eCosway hasrat mereka untuk
menjual perniagaan eCosway mereka. Tiada sebarang perubahan akan berlaku kepada cawangan
tersebut akibat daripada jualan atau pun pindah milik perniagaan eCosway.
|
|
|
|
3.21 |
Hubungan Kepada Cawangan
Semua Pemilik Perniagaan yang aktif mempunyai hak untuk memperkenalkan dan mendaftarkan orang
kepada eCosway. Setiap bakal Pemilik Perniagaan atau Pembeli mempunyai hak untuk memilih kepada
cawangan mana yang mereka ingin dihubungkan. Jika timbul persoalan dalam hubungan akibat
daripada pendaftaran berganda oleh Pemilik Perniagaan atau Pembeli, maka Syarikat akan mengambil
kira permohonan pertama yang diterima oleh Syarikat.
|
|
|
|
3.22 |
Pewarisan
Selepas seseeorang Pemilik Perniagaan mati atau tidak berupaya lagi, perniagaan mereka boleh
diwariskan kepada waris mereka. Dokumentasi perundangan yang sah perlu dikemukakan kepada
Syarikat untuk memastikan pindah milik ini dijalankan dengan sempurna. Pemilik Perniagaan juga
bertanggungjawab untuk mendapatkan khidmat nasihat peguam untuk membantu mereka membuat
surat wasiat atau lain-lain dokumen testimoni. Bila ada sebarang perniagaan eCosway dipindah milik
secara pewarisan atau lain-lain proses perundangan, waris mempunyai hak untuk mendapatkan semua
komisen daripada Rangkaian Global Pemilik Perniagaan dengan syarat perkara yang berikut dipatuhi.
Waris mestilah:
|
|
|
|
|
a)
|
Menandatangani Perjanjian Pemilik Perniagaan yang baru; dan
|
|
b)
|
Mematuhi syarat dan peraturan Perjanjian.
|
|
|
|
|
Bayaran keuntungan dan insentif perniagaan eCosway yang dipindah milik sejajar dengan seksyen ini
akan dimasukkan ke dalam akaun bank waris. Pewaris mesti memberikan kepada pihak eCosway
maklumat akaun bank ke mana bayaran komisen itu perlu dimasukkan. Jika perniagaan ini diwarisi oleh
lebih daripada seorang waris, mereka mestilah menubuhkan satu syarikat perniagaan. eCosway akan
menyediakan semua komisen dan borang laporan cukai (jika ada) kepada syarikat perniagaan tersebut.
Keahlian berganda akan hanya dibenarkan jika berlaku kematian atau Pemilik Perniagaan sudah tidak
berupaya lagi.
|
|
|
|
3.23 |
Pindah milik kerana kematian Pemilik Perniagaan
Untuk memastikan kesahihan pindah milik perniagaan eCosway atas sebab kematian, waris mestilah
mengemukakan yang berikut kepada eCosway: (1) sijil kematian asal; (2) surat wasiat atau lain-lain
dokumen yang disaksikan oleh seorang peguam dalam memastikan hak waris tersebut bagi perniagaan
eCosway; dan (3) satu Perjanjian Pemilik Perniagaan yang telah siap diisi dan ditandatangani.
|
|
|
|
3.24 |
Pindah milik kerana Pemilik Perniagaan tidak berupaya
Untuk mengesahkan pindah milik perniagaan eCosway sebab Pemilik Perniagaan sudah tidak berupaya,
waris mestilah mengemukakan yang berikut kepada eCosway: (1) surat perlantikan sebagai pemegang
amanah yang disaksikan oleh seorang peguam; (2) salinan dokumen amanah atau lain-lain dokumentasi
yang menunjukkan hak pemegang amanah untuk mentadbir perniagaan eCosway yang disaksikan dan
disahkan oleh seorang peguam; dan (3) Perjanjian Pemilik Perniagaan yang telah siap diisi oleh
pemegang amanah.
|
|
|
|
|
|
|
4 |
SEKSYEN - TANGGUNGJAWAB PARA PEMILIK PERNIAGAAN
|
|
|
|
4.1 |
Pertukaran nombor telefon atau alamat
Pemilik Perniagaan adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat Pemilik Perniagaan
dalam sistem eCosway adalah maklumat yang terkini terutamanya untuk memastikan sebarang
penghantaran barangan, bahan sokongan dan pembayaran adalah dalam tempoh yang dijanjikan.
eCosway tidak akan melakukan sebarang penghantaran kepada alamat peti surat berkunci (P.O Box),
oleh itu, nama jalan dalam alamat yang diberikan adalah wajib. Sebarang pengemaskinian maklumat
Pemilik Perniagaan haruslah dilakukan dalam Laman Profil Pemilik Perniagaan dengan kadar serta
merta selepas berlaku sebarang perubahan. Pengemaskinian ini akan hanya berkuatkuasa bagi
penghantaran pembelian yang seterusnya.
|
|
|
|
4.2 |
Tanggungjawab Jualan Yang Berterusan
Tanpa mengambil kira tahap pencapaian mereka, para Pemilik Perniagaan mempunyai tanggungjawab
berterusan untuk meneruskan promosi secara peribadi kepada Pembeli baru dan melalui perkhidmatan
kepada pembeli sedia ada.
|
|
|
|
4.3 |
Selaran
eCosway ingin menyediakan barangan, Pelan Keuntungan, dan perkhidmatan yang terbaik dalam
industri bagi para Pemilik Perniagaan. Sejajar dengan ini, eCosway menghargai komen dan kritikan
membina daripada para Pemilik Perniagaan. Semua komen sebegini sepatutnya disalurkan melalui emel
kepada Jabatan Keahlian. Walaupun eCosway mengalu-alukan pendapat yang membina, namun komen
negatif dan selaran yang dibuat oleh para Pemilik Perniagaan tentang Syarikat serta barangannya atau
Rancangan Keuntungannya tidak akan membawa sebarang manfaat selain daripada melemahkan
semangat Pemilik Perniagaan eCosway yang lain. Untuk sebab ini, dan untuk menunjukkan satu teladan
yang baik bagi 'downline', para Pemilik Perniagaan mestilah mengawal diri dari menyelar eCosway,
Pemilik Perniagaan eCosway yang lain, barangan eCosway, Rancangan Keuntungan atau pengarah,
pegawai, atau para pekerja eCosway dan sebarang selaran akan dianggap sebagai pelanggaran
terhadap Polisi dan Prosedur.
|
|
|
|
4.4 |
Melaporkan Pelanggaran Polisi
Para Pemilik Perniagaan yang nampak akan sebarang pelanggaran Polisi ini oleh seorang Pemilik
Perniagaan lain mestilah membuat laporan bertulis atau menghantar emel berkenaan pelanggaran itu
secara terus kepada Jabatan Pematuhan eCosway. Maklumat berkenaan tarikh, berapa kali ianya
berlaku, orang yang terlibat dan sebarang dokumen sokongan mestilah disertakan dalam laporan
tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
5 |
SEKSYEN - SYARAT-SYARAT JUALAN
|
|
|
|
5.1 |
Jualan Produk
Rancangan Keuntungan eCosway adalah berdasarkan jualan barangan eCosway kepada para pengguna.
Para Pemilik Perniagaan mesti menepati keperluan jualan peribadi dan keperluan Pembeli seperti yang
terkandung dalam Rancangan Keuntungan eCosway (serta lain-lain tanggungjawab yang terkandung
dalam Perjanjian) untuk membolehkan mereka layak mendapat keuntungan dan insentif. "Jumlah
Jualan Peribadi" (Personal Branch eVolume) termasuk pembelian yang dibuat oleh Pemilik Perniagaan
dan pembelian yang dibuat dalam rangkaian Pembeli Pemilik Perniagaan.
|
|
|
|
5.2 |
Had Kawasan
Tidak ada sebarang had kawasan eksklusif yang diberikan kepada sesiapa pun. Bayaran francais tidak
diperlukan.
|
|
|
|
|
|
|
6 |
SEKSYEN - KEUNTUNGAN
|
|
|
|
6.1 |
Kelayakan untuk mendapatkan Keuntungan dan Insentif
Seorang Pemilik Perniagaan mesti aktif dan mematuhi syarat dalam Perjanjian untuk layak mendapat
komisen. Asalkan Pemilik Perniagaan mematuhi syarat dalam Perjanjian, eCosway akan membayar
komisen kepada Pemilik Perniagaan mengikut Rancangan Keuntungan. Semua komisen akan
dikumpulkan ke dalam eAkaun Pemilik Perniagaan. Setiap Pemilik Perniagaan mesti memilih "Jumlah
Minima eAkaun Pemindahan" yang merupakan jumlah minima yang eCosway akan pindah keluar
daripada eAkaun Pemilik Perniagaan dan masuk ke dalam akaun bank, sementara mengekalkan baki
minima dalam eAkaun.
|
|
|
|
6.2 |
Pendapatan
Jika pendapatan seseorang Pemilik Perniagaan kurang daripada RM100/SGD100 dalam satu-satu bulan,
pendapatan tersebut akan disimpan di dalam eAkaun di mana Pemilik Perniagaan boleh
menggunakannya untuk membuat belian barangan Cosway.
Jika pendapatan seseorang Pemilik Perniagaan melebihi RM100/SGD100 dalam satu-satu bulan,
pendapatan tersebut boleh dikreditkan dalam akaun perbankan yang didaftarkan oleh Pemilik
Perniagaan. Walau bagaimanapun, jika Pemilik Perniagaan tidak mendaftarkan sebarang akaun
perbankan, pendapatan tersebut akan disimpan dalam eAkaun Pemilik Perniagaan tersebut.
(Perenggan diatas hanya terpakai bagi Pemilik-Pemilik Perniagaan yang tinggal di Malaysia atau
Singapura. Bagi mana-mana Pemilik Perniagaan yang tinggal di lain-lain negara, semakan dengan
pasukan khidmat pelanggan eCosway hendaklah dibuat untuk menentukan jumlah yang terpakai dalam
matawang yang berkenaan.)
Sebarang pendapatan yang tidak dituntut atau digunakan oleh mana-mana Pemilik Perniagaan dan di
simpan dalam eAkaun melebihi tempoh 12 bulan, eCosway berhak untuk mengambil sebarang tindakan
berkenaan dengan pendapatan tersebut sebagaimana yang dirasakan perlu. Bagi tujuan klarifikasi,
terma ini akan turut terpakai kepada mana-mana bekas Pemilik Perniagaan yang mana Perjanjian
mereka terbatal, dibatalkan, atau ditamatkan atas sebarang sebab selari dengan terma-terma dan
syarat-syarat Perjanjian Permilik Perniagaan.
|
|
|
|
6.3 |
Laporan Status Perniagaan
Semua maklumat yang diberikan oleh eCosway dalam Laporan Status Perniagaan dalam talian,
termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah jualan terkumpul dalam cawangan persendirian dan
rangkaian cawangan (atau mana-mana bahagian daripadanya) dan aktiviti perniagaan rangkaian, adalah
tepat dan boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh banyak faktor lain, termasuk
kemungkinan kesilapan manusia atau teknikal, eCosway atau sesiapa yang menjana atau menghantar,
tidak menjamin sebarang maklumat berkenaan ketepatan, kelengkapan dan kekinian pesanan;
penolakkan kad kredit; pemulangan barangan; kad kredit yang dicaj semula.
SEMUA MAKLUMAT STATUS PERNIAGAAN DISEDIAKAN "SEBAGAIMANA YANG ADA" TANPA SEBARANG
JAMINAN SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT ATAU DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN. SECARA
KHUSUS, TIADA SEBARANG JAMINAN KEBOLEHPASARAN, KESESUAIAN KEPENGGUNAAN, ATAU
KETIDAKPELANGGARAN SEBARANG HAK.
DIBAWAH UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA, eCosway DAN/ATAU SESIAPA SAHAJA YANG
MENGHASILKAN DAN MENGHANTAR SEBARANG MAKLUMAT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB
KEPADA MANA-MANA PEMILIK PERNIAGAAN ATAU SESIAPA SAHAJA BAGI SEBARANG KEROSAKKAN
YANG TIMBUL SECARA LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SENGAJA, TIDAK SENGAJA, KHASNYA AKIBAT
DARIPADA MENGGUNAKAN ATAU MENGAKSES MAKLUMAT STATUS LAPORAN PERNIAGAAN
(TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KOMISEN, KEHILANGAN
PELUANG DAN KEROSAKKAN YANG MUNGKIN TIMBUL DARIPADA KETIDAKTEPATAN,
KETIDAKLENGKAPAN, KETIDAKJITUAN, PENANGGUHAN ATAU KEHILANGAN), WALAUPUN TELAH
DINASIHATKAN OLEH eCOSWAY ATAU PIHAK LAIN YANG MENYEBARKAN MAKLUMAT TERSEBUT AKAN
KEMUNGKINAN BERLAKUNYA KEROSAKKAN. SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG,
eCOSWAY ATAU PIHAK LAIN YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJANA ATAU MENYEBARKAN
MAKLUMAT BERKENAAN TERSEBUT TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAU MENANGGUNG
LIABILITI UNTUK ANDA ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN DIBAWAH SEBARANG UNDANG-UNDANG TORT,
KONTRAK, KECUAIAN, LIABILITI SEPENUHNYA, LIABILITI PRODUK ATAU TEORI LAIN YANG BERKAITAN
DENGAN SEBARANG SUBJEK DALAM PERJANJIAN ATAU SYARAT DAN PERATURAN YANG BERKAITAN
DENGANNYA.
Kebenaran untuk mendapatkan perkhidmatan dalam talian eCosway dan maklumat Laporan Status
Perniagaan adalah atas risiko Pemilik Perniagaan sendiri. Semua maklumat Laporan Status Perniagaan
disediakan untuk Pemilik Perniagaan berdasarkan seperti yang telah "sedia ada". Pemilik Perniagaan
boleh berhenti daripada menggunakan dan mengakses perkhidmatan dan maklumat Laporan Status
Perniagaan secara atas talian jika Pemilik Perniagaan tidak berpuas hati dengan dengan maklumat yang
terdapat dalam Laporan Status Perniagaan.
|
|
|
|
|
|
|
7 |
SEKSYEN - LANGKAH DISIPLIN DAN PERCANGGAHAN TERHADAP RESOLUSI
|
|
|
|
7.1 |
Tindakan Disiplin
eCosway berhak untuk melakukan mana-mana tindakan dibawah jika mana-mana Pemilik Perniagaan
didapati melanggar terma-terma dan syarat-syarat Perjanjian, Polisi dan Prosedur atau melakukan
sebarang tatacara perniagaan secara haram, palsu, menyeleweng atau tidak beretika:
|
|
|
|
|
a)
|
Teguran atau amaran bertulis;
|
|
b)
|
Mengarahkan Pemilik Perniagaan mengambil tindakan langkah pembetulan serta merta;
|
|
c)
|
Mengenakan denda yang akan ditolak daripada bayaran komisen;
|
|
d)
|
Kehilangan hak ke atas satu atau lebih komisen;
|
|
e)
|
eCosway akan membekukan keseluruhan atau sebahagian daripada komisen Pemilik Perniagaan
eCosway semasa sebarang penyiasatan dijalankan terhadap Pemilik Perniagaan eCosway yang
disyaki melanggar Perjanjian. Jika keahlian dibatalkan atas sebab disiplin, Pemilik Perniagaan
tersebut tidak akan berhak mendapatkan komisen yang dibekukan semasa jangka masa
penyiasatan;
|
|
f)
|
Penggantungan Perjanjian Pemilik Perniagaan individu bagi satu atau lebih pembayaran;
|
|
g)
|
Pembatalan secara tidak sukarela Perjanjian Pemilik Perniagaan;
|
|
h)
|
Sebarang langkah yang boleh diambil seperti yang terkandung dalam Perjanjian atau sebarang
langkah lain yang dianggap berpatutan oleh eCosway terhadap kecederaan/kerosakan yang
diakibatkan secara tidak langsung atau secara langsung kerana kesalahan Pemilik Perniagaan
kerana melanggar Perjanjian dan/atau Polisi dan Prosedur ini;
|
|
i)
|
Dalam keadaan yang dianggap wajar, pihak eCosway mungkin boleh mengambil tindakan
undang-undang bagi mendapatkan ganti rugi dari segi kewangan atau/dan yang bersamaan
dengannya.
|
|
|
|
7.2 |
Aduan
Jika seorang Pemilik Perniagaan tidak berpuas hati atau ingin mengadu tentang amalan atau perlakuan
berkenaan perniagaan eCosway mana-mana Pemilik Perniagaan yang lain, Pemilik Perniagaan tersebut
perlu melaporkan masalah ini terlebih dahulu kepada eCosway. Jabatan Keahlian akan mengkaji fakta
dan cuba untuk menyelesaikannya. Jika ianya tidak dapat diselesaikan, ianya akan dirujuk kepada
Lembaga Penyelesaian Pertingkahan untuk semakan dan penentuan akhir.
|
|
|
|
7.3 |
Lembaga Penyelesaian Pertingkahan
Tujuan Lembaga Penyelesaian Pertingkahan (Dispute Resolution Board - "DRB)) adalah untuk: (1)
menyemak rayuan terhadap tindakan disiplin yang dikenakan kepada mana-mana pihak; dan (2)
menyemak sebarang perkara berbangkit antara para Pemilik Perniagaan eCosway. Jika sebarang
maklum balas atau penyelesaian yang dicadangkan oleh eCosway ditolak atau masih tidak dapat
diselesaikan, Lembaga Penyelesaian Pertingkahan akan menyemak sebarang bukti, membuat
penelitian, dan memberikan maklum balas terhadap perkara yang masih berbangkit dan yang belum
diselesaikan secara kolektif.
Seseorang Pemilik Perniagaan boleh menghantar permintaan bertulis dalam masa tujuh hari bekerja
dari tarikh : (1) notis bertulis yang diberikan oleh eCosway bagi sebarang tindakan disiplin; (2) notis
bertulis daripada Jabatan Keahlian berkenaan pertelingkahan antara para Pemilik Perniagaan. Semua
komunikasi antara eCosway dan Pemilik Perniagaan yang mencari penyelesaian kerana pertelingkahan
mestilah dibuat secara bertulis. Adalah menjadi hak DRB untuk memutuskan jika sesuatu tuntutan itu
layak untuk dikaji. Jika DRB bersetuju, mereka akan menjadualkan satu perbicaraan dalam masa dua
puluh satu (21) hari bekerja daripada tarikh penerimaan permintaan bertulis daripada Pemilik
Perniagaan. Semua bukti (e.g. dokumen, bahan bukti dsb) yang ingin dikemukakan oleh Pemilik
Perniagaan kepada DRB mestilah diserahkan kepada eCosway tidak kurang daripada tujuh hari bekerja
sebelum perbicaraan. Pemilik Perniagaan akan menanggung sepenuhnya semua perbelanjaan yang
berkaitan dengan kehadiran diri mereka atau kehadiran saksi mereka yang ingin mereka bawa.
Keputusan Lembaga Penyelesaian Pertingkahan adalah muktamad dan tidak boleh disemak semula.
Sehingga tuntutan yang di bawa ke peringkat DRB selesai, Pemilik Perniagaan yang berkenaan bersetuju
untuk tidak membuat sebarang tuntutan undang-undang di mana-mana mahkamah undang-undang
atau mana-mana forum penyelesaian pertingkahan.
Apabila sekatan dikenakan, Pemilik Perniagaan yang dikenakan tindakan disiplin boleh merayu dalam
masa 15 hari bekerja daripada tarikh notis pembatalan eCosway. Jika rayuan ini tidak diterima oleh
eCosway dalam masa 15 hari bekerja, maka sekatan itu akan menjadi muktamad. Pemilik Perniagaan
mesti menghantar semua dokumen sokongan bersama dengan surat rayuan. Jika Pemilik Perniagaan
mengemukakan rayuan tepat pada masanya terhadap pembatalannya, DRB akan mempertimbangkan
semula pembatalannya dan mempertimbangkan langkah lain dan akan memberitahu Pemilik
Perniagaan secara bertulis akan keputusan mereka.
|
|
|
|
7.4 |
Timbangtara
Sebarang kontroversi atau tuntutan yang timbul akibat daripada atau yang berkaitan dengan Perjanjian
atau melanggar Perjanjian akan diselesaikan oleh Pusat Timbangtara Antarabangsa Asia ("Pusat")
dibawah peraturan-peraturan timbangtara yang digunapakai oleh Pusat tersebut, dan keputusan yang
dibuat oleh penimbangtara boleh dibawa ke mana-mana mahkamah bagi tujuan pelaksanaan
perundangan. Jika seorang Pemilik Perniagaan membuat tuntutan atau membuat tuntutan balas
terhadap eCosway, mereka hanya boleh melakukannya secara individu dan bukan secara bersama
dengan mana-mana Pemilik Perniagaan yang lain atau menjadi sebahagian daripada mana-mana
tuntutan kelompok. Pemilik Perniagaan bersetuju untuk melucutkan haknya untuk merujuk sebarang
perkara yang bersangkutan dengan Perjanjian ini ke mana-mana mahkamah perundangan. Semua
timbangtara akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. Setiap pihak akan bertanggungjawab terhadap
setengah daripada (1) yuran penimbangtara atau penimbangtara-penimbangtara (jika lebih dari satu)
dan (2) kos timbangtara secara keseluruhannya. Keputusan penimbangtara adalah muktamad dan jika
diperlukan boleh dirujuk kepada mana-mana mahkamah yang sah. Persetujuan untuk membuat rujukan
kepada timbangtara seperti mana yang di nyatakan di perenggan ini akan berkuatkuasa melampaui
sebarang pembatalan atau tempoh tamat Perjanjian ini.
Tidak ada apa-apa dalam Polisi dan Prosedur ini yang akan menghalang eCosway daripada memohon
dan mendapatkan daripada mana-mana mahkamah sebarang injunksi sementara, injunksi awal, injunksi
tetap atau sebarang pengecualian untuk menjaga dan melindungi kepentingan eCosway sebelum,
semasa atau selepas pemfailan sebarang tuntutan di timbangtara atau lain-lain prosiding atau
sementara menunggu sebarang keputusan berkaitan dengan timbangtara atau mana-mana prosiding
lainnya.
|
|
|
|
7.5 |
Bidangkuasa Undang-Undang
Penyata Polisi dan Prosedur eCosway ini dan Perjanjian Pemilik Perniagaan adalah dikawalselia oleh
undang-undang yang terpakai di Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
8 |
SEKSYEN - MEMBELI-BELAH
|
|
|
|
8.1 |
Terma dan Syarat Membelibelah bagi Pemilik Perniagaan
eCoway menawarkan pelbagai barangan yang didapatkan secara langsung daripada Pembekal. Para
Pemilik Perniagaan wajib mematuhi Terma dan Syarat Membeli belah apabila melalukan sebarang
pembelian di Pusat Membeli-Belah eCosway atau pusat jualan elektronik (eCentres) yang dilantik oleh
eCosway (jika ada).
|
|
|
|
8.2 |
Membeli Barangan eCosway
Setiap Pemilik Perniagaan mesti membeli barang dengan menggunakan nombor pengenalan Pemilik
Perniagaan mereka sendiri supaya eVolume, Unit Kelayakan (QUs), Nilai Mata (Value Points), Nilai Mata
Kad (CVPs) dan Mata Tebusan (jika tertakluk) akan dikreditkan kepada cawangan peribadi mereka.
|
|
|
|
8.3 |
Program Ganjaran Pembeli
Para Pemilik Perniagaan boleh menyertai Program Ganjaran Pembeli dan membina rangkaian Pembeli
dengan memberikan mereka ID peribadi mereka untuk mengakses pusat membeli-belah eCosway.
Semua eVolume dan unit kelayakkan (Qualifications Units) yang dijana oleh rangkaian Pembeli dan Nilai
Mata yang dijana oleh para Pembeli yang secara peribadi dirujuk oleh Pemilik Perniagaan akan
dikreditkan ke dalam cawangan peribadi Pemilik Perniagaan.
|
|
|
|
8.4 |
Harga
Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua barangan yang tersenarai di Pusat Membeli-Belah eCosway
adalah dalam dolar AS dan boleh diubah dari semasa ke semasa mengikut kehendak eCosway tanpa
sebarang notis awal. Walau bagaimanapun, barangan yang ditawarkan untuk jualan di pusat jualan
yang dilantik oleh eCosway, Syarikat mempunyai hak, jika terdapat keperluan, untuk meletakkan harga
dalam matawang tempatan.
Harga yang disenaraikan dalam Pusat Membeli-Belah eCosway tidak termasuk duti import, cukai jualan,
cukai nilai tambah (value added tax -VAT) atau lain-lain cukai yang mungkin dikenakan oleh negara di
mana barangan itu akan dihantar. Semua duti, cukai jualan, cukai nilai tambah, bayaran kastam dan
lain-lain bayaran adalah menjadi tanggunjawab penerima.
|
|
|
|
8.5 |
Bayaran Penghantaran
|
|
|
|
|
a)
|
Jumlah bayaran penghantaran dikira mengikut kos hantaran daripada negara pembekal hingga
ke alamat negara penerima. Dalam sesetengah keadaan, eCosway mungkin memberikan subsidi
ke atas bayaran hantaran.
|
|
b)
|
Bayaran penghantaran bagi setiap barang yang dipesan akan ditentukan sebaik sahaja alamat
penerima diterima daripada Pemilik Perniagaan selepas pembelian selesai di Pusat Membeli-Belah eCosway.
|
|
c)
|
Bayaran penghantaran tidak akan dipulangkan.
|
|
d)
|
Pemulangan bayaran penghantaran hanya akan dibuat jika barangan yang dipulangkan rosak
atau barangan yang salah telah dihantar.
|
|
e)
|
Bayaran penghantaran tidak merangkumi pembelian luar talian yang dibuat di pusat jualan yang
dilantik oleh eCosway di mana khidmat penghantaran tidak disediakan.
|
|
|
|
8.6 |
Bayaran
Semua jenis pembayaran yang boleh dibuat akan disenaraikan dalam laman web eCosway.
Walaubagaimana pun, eCosway mempunyai hak mutlak untuk tidak menerima apa-apa jenis bentuk
pembayaran tanpa memberikan sebarang sebab.
|
|
|
|
8.7 |
Penghantaran
Penghantaran pesanan akan mengambil masa 3 minggu dan bergantung kepada stok semasa barang
yang dipesan. Penghantaran mungkin mengambil masa lebih lama jika pengesahan bayaran melalui kad
kredit diperlukan.
|
|
|
|
8.8 |
Pengesahan Kad Kredit Pemilik Perniagaan
Pemilik Perniagaan bersetuju untuk melakukan pengesahan maklumat kad kredit oleh eCosway atau
agen Syarikat jika diperlukan.
|
|
|
|
8.9 |
Penerimaan Pesanan
|
|
a)
|
Pemilik Perniagaan akan menerima satu mesej Pengesahan Pesanan bersama nombor pesanan
apabila pesanan yang dibuat berjaya diterima oleh eCosway melalui alamat emel yang diberikan
seperti yang terdapat di dalam profil Pemilik Perniagaan. Beserta dengan itu, Pemilik Perniagaan
juga akan menerima satu emel Pesanan Penghantaran yang mengandungi nombor bil
penghantaran sebagai rujukan.
|
|
b)
|
Tidak akan ada sebarang pemberitahuan lain yang berkaitan dengan pesanan itu melainkan ada
masalah yang timbul dengan pesanan itu (contoh barangan tersebut habis atau kuantitinya tidak
mencukupi). Dalam keadan ini, eCosway akan berkomunikasi dengan Pemilik Perniagaan melalui
emel.
|
|
|
|
8.10 |
Proses Pembatalan
Pesanan diproses secara automatik dan serta merta. Oleh itu, Pemilik Perniagaan tidak dibenarkan
untuk membatalkan pesanan tetapi boleh memulangkan barangan yang dipesan kepada eCosway
mengikut Polisi dan Prosedur Pemulangan. Pembatalan pesanan hanya boleh dibuat jika pesanan itu
tidak dapat dipenuhi oleh pembekal. Pemilik Peniagaan harus memeriksa Status Pesanan dan hanya jika
pesanan itu tidak dapat dipenuhi oleh pembekal, Pemilik Perniagaan boleh menghantar Borang
Pembatalan secara atas talian kepada eCosway.
|
|
|
|
8.11 |
Polisi dan Prosedur Pemulangan
|
|
a)
|
Barangan mesti dipulangkan dalam masa sepuluh (10) hari daripada tarikh penerimaan.
|
|
b)
|
Semua barangan boleh dipulangkan kecuali dinyatakan sebaliknya di laman membeli-belah Pusat
Membeli-Belah eCosway.
|
|
c)
|
Pemilik Perniagaan dan Pembeli mesti mengisi dan menghantar Borang Pemulangan Barangan
secara atas talian.
|
|
d)
|
Setelah mendapatkan kelulusan, Nombor Barangan Pulangan (Merchandise Return Nombor -
MRN) akan dihantar oleh eCosway melalui emel kepada Pemilik Perniagaan dan Pemilik
Perniagaan boleh memulangkan barangan tersebut.
|
|
e)
|
Semua barangan yang dipulangkan mestilah dengan bungkusan asal dan dalam keadaan yang
sempurna; dan dihantar kepada alamat Pembekal yang tercatit pada label penghantaran dengan
bayaran hantaran yang telah diprabayar dan ditanggung oleh Pemilik Perniagaan. Pembekal
tidak akan membuat bayaran penerimaan semasa menerima barangan. Bungkusan
penghantaran dan jenis bahan bungkusan yang sesuai mesti digunakan semasa memulangkan
barangan. Nombor Pemulangan Barangan mestilah ditulis dengan jelas dan terang diluar
bungkusan.
|
|
f) |
Pemilik Perniagaan mesti menyimpan semua dokumen kurier sebagai bukti pemulangan
barangan bagi tujuan pengesanan. Jika barangan yang dipulangkan tidak diterima oleh
Pembekal, adalah menjadi tanggungjawab Pemilik Perniagaan untuk mencari ke mana ianya
dihantar dan membuat tuntutan gantirugi bagi barangan yang telah hilang atau pun rosak
kepada syarikat kurier. |
|
g)
|
Barangan yang dipulangkan akan hanya diterima dengan syarat semua prosedur dalam Polisi
Pemulangan dituruti.
|
|
|
|
8.12 |
Pembayaran Balik
|
|
a)
|
eCosway akan memberitahu Pemilik Perniagaan melalui emel tentang sebarang pembayaran
balik sebaik sahaja barangan tersebut diterima oleh Pembekal eCosway.
|
|
b)
|
Jumlah yang perlu dibayar balik akan dikreditkan ke dalam eAccount Bayaran Balik Pemilik
Perniagaan.
|
|
c)
|
Pemilik Perniagaan mesti menggunakan sepenuhnya baki kredit yang ada dalam eAccount
Bayaran Balik sebagai kaedah pembayaran untuk pembelian seterusnya sebelum menggunakan
kaedah pembayaran lain.
|
|
|
|
8.13 |
Penyelerasan eVolume, Unit Kelayakan dan Nilai Mata Pemilik Perniagaan
|
|
a)
|
eVolume (eV), Unit Kelayakkan (QU - Qualification Unit), Nilai Mata (VPs), Nilai Mata Kad (CVPs)
dan Mata Tebusan (Redemption Points - RPs) yang diberikan kepada barangan yang dipulangkan
oleh kedua-dua Pemilik Perniagaan dan Pembeli, akan ditolak daripada eVolume Cawangan
Peribadi Pemilik Perniagaan dan QU untuk bulan yang sama di mana tarikh penerimaan
barangan yang dipulangkan.
|
|
b)
|
Jika eV, QU, VP, CVP dan RP Pemilik Perniagaan pada bulan tersebut dan yang ada dalam
simpanan tidak mencukupi untuk potongan eV, QU, VP, CVP dan RP yang diberikan kepada
barangan yang dipulangkan, potongan akan dijalankan secara bulanan sehingga semua eVolume
dan QU didapatkan kembali secara sepenuhnya.
|
|
|
|
8.14 |
Jangkamasa Pesanan
Semua pesanan, tanpa mengambil kira masa tempatan negara mereka, adalah tertakluk kepada tarikh
dan masa yang terpakai di Kuala Lumpur, Malaysia iaitu +8 jam kepada GMT. Contohnya jika satu
pesanan dibuat pada hari Selesa pukul 2:00 p.m. di New York, masa sebenarnya ialah hari Rabu pukul
2:00 a.m. Pemilik Perniagaan perlu senantiasa merujuk kepada waktu Malaysia ketika membuat
pesanan dengan klik pada butang "Check Time" yang boleh didapati pada semua muka surat pesanan.
Semua masa kelayakkan akan ditutup mengikut masa yang ditetapkan dalam terbitan rasmi eCosway
iaitu mengikut masa tempatan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Semua pesanan dianggap telah diterima apabila bayaran diterima oleh eCosway. Jika kaedah bayaran
yang digunakan ditolak atau tidak diterima atas sebarang sebab, pesanan tersebut akan ditolak dan
tidak akan dikreditkan bagi sebarang sebab (termasuk tambahan eV atau QU). Pemilik Perniagaan mesti
menghantar pesanan pada awal bulan jika mereka ingin pesanan tersebut dikira dalam pembelian bulan
tersebut. eCosway tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan menghantar pesanan yang
timbul daripada sesuatu yang diluar kawalannya.
|
|
|
|
|
|
|
9 |
SEKSYEN - TIDAK AKTIF DAN PEMBATALAN
|
|
|
|
9.1 |
Kesan Pembatalan
Selama mana Pemilik Perniagaan aktif dan mematuhi syarat serta Polisi dan Prosedur ini, eCosway akan
membayar keuntungan dan insentif kepada Pemilik Perniagaan mengikut Rancangan Keuntungan.
Keuntungan seorang Pemilik Perniagaan bergantung kepada keseluruhan usaha Pemilik Perniagaan
dalam menjana jualan dan aktiviti yang berkaitan dengan penjanaan jualan (termasuk membina satu
rangkaian perniagaan). Berikutan dengan Pemilik Perniagaan yang tidak memperbaharui Perjanjian
Pemilik Perniagaan, pembatalan kerana tidak aktif atau pembatalan secara suka rela atau tidak suka
rela (semua langkah ini secara kolektifnya dirujuk sebagai "pembatalan"), bekas Pemilik Perniagaan
tidak berhak, tidak mempunyai hak milik, tuntutan atau ada sebarang kepentingan terhadap sebarang
jualan yang dijana oleh rangkaian yang dibina olehnya. Seorang Pemilik Perniagaan yang perniagaannya
dibatalkan atau terbatal akan kehilangan segala hak sebagai Pemilik Perniagaan. Ini termasuk hak untuk
menjual barangan eCosway dan hak untuk menerima keuntungan di masa hadapan atau lain-lain
pendapatan yang timbul daripada sebarang aktiviti bekas rangkaian Pemilik Perniagaan tersebut.
eVolume yang datang dari jualan seorang Pemilik Perniagaan yang mana Perjanjian Pemilik Perniagaan
terbatal atau dibatalkan akan terus dikira dalam pengiraan jumlah eVolume kumpulan bekas Pemilik
Perniagaan tersebut.
Bekas Pemilik Perniagaan tidak lagi akan mengaku dirinya sebagai Pemilik Perniagaan eCosway dan
tidak ada hak untuk menjual barangan eCosway.
|
|
|
|
9.2 |
Pembatalan Secara Tidak Suka Rela
Seorang Pemilik Perniagaan yang melanggar sebarang syarat Perjanjian, termasuk sebarang perubahan
yang mungkin telah dibuat oleh eCosway mengikut hak mutlaknya, mungkin mengakibatkan salah satu
daripada sekatan yang disenaraikan dalam Seksyen 7.1 akan dikenakan. Pembatalan akan berkuatkuasa
daripada tarikh di mana notis bertulis yang di hantar melalui emel ke alamat emel terakhir Pemilik
Perniagaan yang diketahui, atau apabila Pemilik Perniagaan menerima notis pembatalan yang
sebenarnya, mana-mana yang diterima dahulu.
Syarikat mempunyai hak untuk membatalkan Perjanjian dan menghentikan perniagaan eCosway
dengan memberikan notis bertulis tiga puluh (30) hari melalui emel jika : (1) berhenti daripada
menjalankan operasi berkaitan eCosway; (2) membubarkan entiti korporat; atau (3) menghentikan
pengedaran barangannya melalui jualan langsung.
|
|
|
|
9.3 |
Pembatalan Secara Suka Rela
Seseorang Pemilik Perniagaan mempunyai hak untuk membatalkan Perjanjian Perniagaan mereka pada
bila-bila masa, tanpa sebarang sebab. Pembatalan mestilah dibuat secara bertulis kepada alamat
berdaftar Syarikat induk. Notis bertulis itu mesti mengandungi nama Pemilik Perniagaan, alamat, dan
Nombor Pengenalan Pemilik Perniagaan (I.D. Number).
|
|
|
|
9.4 |
Tiada Pembaharuan
Seorang Pemilik Perniagaan juga boleh membatalkan Perjanjian Pemilik Perniagaan dengan tidak
memperbaharui Perjanjian sebelum atau pada genap ulang tahun bulan pendaftaran.
|
|
|
|
|
|
|
10 |
SEKSYEN - DEFINISI |
|
|
|